Monday, May 11, 2009
PERJUANGAN BELUM SELESAI
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)
PERJUANGAN BELUM SELESAI
Friday, May 1, 2009
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN TING 4 2009
SMK KEPALA BATAS
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2009
PENDAWAIAN DOMESTIK
TINGKATAN 4
Tarikh | Minggu Persekolahan | Minggu Dicadangkan | Topik |
4/1/09 – 15/1/09 | 1,2 | 2 minggu | 1. PENGENALAN 1.1 Prospek kerjaya 1.3 Peraturan IEE dan ABE |
18/1/09 – 29/1/09 | 3,4 | 2 minggu | 2. AMALAN KESELAMATAN 2.1 Punca kemalangan dan kesan kemalangan 2.2 Keselamatan bengkel 2.3 Kod keselamatan 2.4 Pertolongan cemas 2.5 Alat pemadam api |
1/2/09 – 12/2/09 | 5,6 | 2 minggu | 3. AMALAN BUDAYA KERJA 3.1 Membina tabiat kerja yang baik 3.2 Penyenggaraan alat 3.3 Pengurusan stok |
15/2/09- 26/1/2009 | 7,8 | 2 minggu | 4. SISTEM PENDAWAIAN DI MALAYSIA 4.1 Pendawaian Domestik 4.2 Pendawaian Industri 4.3 Peraturan IEE dan ABE |
1/3/2009 – 12/3/2009 | 9,10 | 2 minggu | 5. JENIS DAN SAIZ KEBEL PENDAWAIAN DOMESTIK 5.1 Pengalir dan penebat 5.2 Saiz dan kadaran arus kabel 5.3 Peraturan IEE dan ABE CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 13/3/09-21/3/09 |
22/3/09-2/4/09 | 11,12 | 2 minggu | 6. ALAT KELENGKAPAN PENDAWAIAN 6.1 Litar jujukan utama 6.2 Litar akhir 6.3 Alat lengkap pendawaian 6.4 Peraturan IEE/ABE |
5/4/09-16/4/09 | 13,14 | 2 minggu | 7. LUKISAN ELEKTRIK 7.1 Melukis simbol lukisan elektrik (BS 3939) 7.2 Melukis plan susun atur 7.3 Melukis litar skematik 7.4 Menyurih cetak biru 7.5 Mentafsir cetak biru |
19/4/09-30/4/09 | 15,16 | 2 minggu | 8. Keusahawanan 4.1 kemahiran berkomunikasi 4.2 kemahiran membuat keputusan 4.3 membuat anggaran kos projek pendawaian 4.4 rancangan perniagaan 4.5 agensi yang membantu usahawan 4.6 pemasaran 4.7 pensijilan dan pendaftaran pendawai elektrik berkompeten |
3/5/09 – 19/11/09 | 17-42 | 26 minggu | 9. MELAKUKAN KERJA PENDAWAIAN DOMESTIK (12 AMALI) |
| | | Cuti Akhir Tahun 20/11/09 – 2/1/10 |
GURU-GURU SMK KEPALA BATAS 2008
DUDUK DARI DEPAN DARI KIRI: CIK LIM BEE LEE, PN. RAAMANI A/P THANIMALAI, PN. HAMIDAH BT MUHAMMAD, PN ROSLIANA BT AHMAD RAMLI (GK KEMANUSIAAN), PN SITI AMINAH BT HASSAN (GK SAINS DAN MATEMATIK), PN. NOOR’AINI BT HASHIM(GK BAHASA), PN WAN HASNA BT WAN ALI (GPK PENTADBIRAN), EN. ABDUL WAHAB B HARUN (PENGETUA KANAN), PN ROSIDAH BT ABD RAHMAN (GPK HEM), EN. ABDUL AZIZ B BAKAR (GPK KO-KO), EN. ONWI B HAJI HARUN ( GK TEKNIK DAN VOKASIONAL), EN MOHD HASHIM BIN MUSA, PN. NOR LAILA BT HASHIM, PN. ROHANI BT JUSOH, PN. RUSHELA BT OTHMAN.
BERDIRI DI TENGAH DARI KIRI: PN. HALIJAH AINON BT HANAFI, PN. SARINA BT ZAINUDIN, PN. JAMILAH BT MD. ISA, PN. RAUDZAH BT ABDULLAH, PN. MAIZAN BT ABDUL RASHID, PN. NUR HAFIZA BT AHMAD, PN. FAUZIAH BT ALI, PN. ZAINORAH BT MD ZAIN, PN. SITI AISHAH BT AHMAD, CIK SAUDAH BT IBRAHIM, PN. OOI BEE HONG, PN. ROMLAH BT MAT ISA, PN. MARSHITAH BT ABDUL JALIL, PN. JAHARI BT TON, PN. YEOH LIEW KEE, PN. AMELIA CHING SWEE PEI, PN. NORHAYATI BT NASERI @ NAZRI, PN. DOLLINA BT ABD GHAFFAR, PN. HASNANI BT MOHAMMAD, PN. ASYROF RIDZO BT AHMAD @ HAMID, PN. ZAWIYAH BT ISMAIL, PN. SHUHAILA BT JAMALUDIN, PN. NORIZAN BT MAT OTHMAN.
BERDIRI DARI BELAKANG: PN. RUSHDA BT HAMID, PN .CHE NORAINI BT AHMAD, PN. ROSILAH BT MAD SAAD, PN .JUHAIDA BT MD SAAD, EN. SUHAIMI B. AHMAD, EN. WAN MOHD SUHAIMI B. WAN MOHD ISA, EN. MUHAMMAD NASIR B. OTHMAN, EN. MISNI BIN KADIYU, EN. HABIL B. SHAARI, EN. MOHD AZIWAN B. MAT SEHAK, EN. SAHAFUDIN B. ZAKARIA, EN. MOHD SHARIFF B. JUSOH, PN. LIM PAU LEE, PN. FATIMAH BT AHMAD, PN. ROOSILAWATY BT UMRAN, PN. ROSLIZA BT RAMLI, CIK FARAH BT ZOLKAFLI, PN. FAUZIAH BT HASSAN