Monday, October 11, 2010

Saturday, July 31, 2010

Para Pendidik SMK Kepala Batas 2010

Sunday, May 16, 2010

Lagu Guru Malaysia "Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu".



SEMOGA TERUS BERSEMANGAT DALAM MEMBINA NEGARA BANGSA

GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Saturday, May 15, 2010

SAJAK GURU OH GURU

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Sajak "Guru Oh Guru" oleh Usman Awang dideklamasikan oleh pelajar dari SK Tanjung Banyan, Hutan Melintang, Perak dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak pada 30 Jun 2009

Monday, April 26, 2010

Uji minda 2


Buat satu bulatan dan titik ditengah-tengah bulatan tersebut tanpa mengangkat mata pen di atas sekeping kertas. Selamat mencuba!

Soalan uji minda


Assalamualaikum....

Soalan ni untuk para pelajar dan para guru pun boleh mencuba...
Sambungkan 9 titik di atas dengan membuat 4 garisan sahaja tanpa mengangkat mata pen..

Sebarang jawapan boleh lah di tulis dibahagian komen..selamat mencuba

Saturday, March 6, 2010

Jika ku tahu......

Jika ku tahu...
Batapa jerih susah kedua ibu bapaku
Mencari wang bagi mandapatkan sesuap nasi

Nescaya akanku
Belajar bersungguh-sungguh
Agar dapat kuhadiahkan
Kejayaanku buat mereka berdua

Jika ku tahu.....
Betapa nilai kasih sayang kedua orang tuaku
terhadapku

Nescaya akanku
Tidak akan menyakiti hati mereka berdua
dengan tingkahlaku dan perkataanku

Jikaku tahu...
Betapa murninya hati seorang guru yang mendidikku

Nescaya akanku
Kenang jasa guruku sehingga ke akhir hayatku

Jikaku tahu...
Pahala yang Allah kurniakan kepada umatnya yang sembahyang subuh

Nescaya akanku
Menunaikan solat subuh berjemaah di masjid walaupun terpaksa merangkak ke sana

Jikaku tahu...
Setiap amalan baikku akan dibalas dengan syurga Allah

Nescaya akanku
Lakukan amal ibadah dan kebaikkan disepanjang hayatku
agar dapat ku kesana

Jikaku tahu...
Setiap dosaku akan dibalas di neraka Allah

Nescaya akanmu
Tidak malakukan maksiat di atas bumi Allah ini

Jika kutahu....
Allah memberi rezeki kepadaku setiap hari

Nescaya akanku
Bersyukur disetiap denyut jantungku

Jikaku tahu....
Hari esok adalah ajalku

Nescaya akanku
Menangis dan memohon ampun diatas setiap dosa yang aku lakukan

Thursday, January 14, 2010